Blogroll

JS Prisma menyediakan perkhidmatan kad pintar untuk keperluan masa kini. Pihak kami akan memberi perkhidmatan pembekalan dan penyelenggaraan maklumat berkaitan kad pintar kepada pihak yang berminat. Teknologi ini amat sesuai untuk kad pekerja, kad keahlian, dan sebagainya.

Tuesday, 25 October 2011

MAKLUMAT PENGGUNAAN KAD PINTAR

Kad pintar merupakan satu kad yang mempunyai cip mikro yang bertindak sebagai alat penyimpanan maklumat. Ianya berupaya untuk melakukan pelbagai jenis fungsi termasuk memproses, menyimpan data dan sebagainya. Kad pintar melibatkan teknologi cip dan biometrik. Selain mempunyai ciri-ciri yang menarik, kad pintar dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih untuk menghalang dari pecerobohan dan perubahan maklumat yang tersimpan. Melalui penggunaan kad pintar, urusan harian samada untuk perkhidmatan yang disediakan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat di lakukan dengan lebih sistemitek dan mudah. Oleh yang demikian, terdapat banyak agensi swasta, kerajaan mahupun persatuan mengambil langkah untuk menggunakan teknologi kad pintar untuk kemudahan pekerja/ahli dalam meningkatkan kualiti urusan harian.

Berikut merupakan ciri-ciri menarik kad pintar :
- Kad tanpa sentuhan.
- Mengikut piawai ISO.
- Diperbuat dari PVC.
- Boleh lentur dan tidak mudah patah.
- Tidak melekat habuk. "dust-free".
- Tidak mudak diciplak/tiru.
- Kad pintar berasaskan Mikrocip dan BioMetric.
- Bersaiz 85mm x 54mm, mengikut saiz MyKad.

Contoh Kad Pintar


Justeru itu, pihak kami telah mengambil insentif untuk membantu mana-mana agensi/syarikat yang berminat untuk menggunakan teknologi kad pintar. Pihak kami menawarkan menyediakan perkhidmatan kad pintar berserta sistem pangkalan data mengikut keperluaan semasa. Antara perkhidmatan yang telah dibangunkan oleh pihak kami antaranya Sistem Kad Pintar Pelajar/Pekerja, Sistem kad Nikah, Sistem Kad Pintar Asrama dan banyak lagi. Pihak kami akan berusaha menyediakan perkhidmatan berdasarkan keperluan demi memberi kepuasan kepada pelanggan. 




1 comment:

  1. Stainless watch band watch band - Titanium Art - TITanium Art
    T.T.T.T.T.S. (Logan) on titanium key ring T.T.T.S. at titanium cup a premium price. This titanium hair straightener premium watch band nipple piercing jewelry titanium was designed to measure the thickness, the quality, and $42.00 · ‎In microtouch solo titanium stock

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...